2016年11月16日星期三

YANGTSE 3.0D Common Rail 18 Seaters High Roof window Van

My China Auto Business (M) Sdn Bhd.@ Munkawa Tech Services ( Bumiputra Partner Company) You Trusted and professional China Vehicle Specialist and consultant company . Malaysia No 1 Online Auto sales Business Company. Call Our Mobile sales Team at 0163585085 , 0189658083. 01343356085. Pejabat TEL - 03-3359 6464 FAX :- 03 335 9 5739 Email : mychinaauto@gmail.com





Model: WG6600CQ4 ( 18 SEATERS )
Engine: DK5 Incline 4 Cylinders, 16 Valves, DOHC, Turbo Intercooler 
Fuel Standard: Euro 3 DIESEL
Displacement : 2,982 cc
Max Power Output : 3400 rpm / 150 HP
Fuel Tank : 70 litres
Transmission Type : Manual 5 speed Forward, 1 Reverse 
Brake : ABS + EBD
Front & Rear : Front Disc , Rear Drum
DIMENSION :
GVW: 3990 KG
KERB WEIGHT APPROX : 2510 KG
WHEEL BASE: 3720
OVERALL LENGTH: 6070
OVERALL WIDTH: 1880
OVERALL HEIGHT : 2320
TYRES & RIM : 215 / 75-R16C, 16" ALLUMINIUM WHEEL 

Van Yangtse yang dikeluarkan oleh HSZNA Vehicle Sdn Bhd, mencatatkan sejarah pertama yang ditawarkan di bawah Hong Seng Group dengan sambutan awal memberasangkan dengan sekitar 20-30 unit sudah ditempah serta tambahan 20 unit sedang diproses.
Yangtse boleh didapati dalam dua varian; WG6540CQ4 yang dibangunkan dengan 15 tempat duduk (konfigurasi 2 + 3 + 3 + 3 + 4) dan WG6600CQ4 yang didatangkan dalam 18 tempat duduk (konfigurasi 2 + 3 + 3 + 3 + 3 + 4). Namun hanya varian WG6600CQ4 yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Van ini dikuasakan oleh enjin DK5 3 liter turbocaj diesel yang dapat menghasilkan kuasa pada 150bhp bersama tork 360Nm. Cukup kuat untuk menjalankan tugas sebagai sebuah bas mini. Enjin 4-silinder sebarisnya juga merupakan sebuah enjin paling berkuasa dalam rangkaiannya, malahan ia mematuhi syarat Euro3 dan dipadankan dengan kotak gear manual 5-kelajuan.
Bahagian dalam van menjanjikan tahap keselesaan yang sangat baik bagi penumpang dan kedudukan posisi tuil gear di papan pemuka membantu dalam memberikan pemanduan ergonomik. Selain itu, sterengnya mempunyai ruang laras dan bantuan kuasa hidraulik mekanika, oleh itu ia tidak memerlukan terlalu banyak tenaga untuk mengendalikan van ini.

Ruangan kabinnya, bagi ciri standard untuk kedua-dua varian, dilengkapi dengan cermin pandang belakang anti-silau, tingkap gelongsor untuk penumpang belakng, sistem audio, ashtray¸ sistem penghawa dingin untuk penumpang, lantai PVC dan lampu bumbung belakang dengan ionizer yang dapat memastikan keselesaan pada persekitaran penumpang terutama ketika perjalanan jauh.
Aspek keselamatan turut dititik beratkan bagi van Yangtse dengan pemasangan kit keselamatan aktif dan pasif seperti ABS dan EBD, sistem brek ketiga high-mounted­, 3-mata tali pinggang keselamatan untuk pemandu dan penumpang hadapan serta 2-mata tali pinggang keselamatan bagi penumpang belakang.
Dijual dengan harga RM125,000 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), WG6600CQ4 yang dilengkapi dengan jaminan 3-tahun atau had perbatuan 100,000km (yang mana tiba dahulu) boleh didapati di lebih 70 bilik pengedar di seluruh Negara.






没有评论:

发表评论

Sila tinggalkan pesanan jika ada isue yang berkaitan dengan urusan dan perniagaan kami. Terima Kasih --Joe-mychina auto.@ Munkawa Tech