2015年2月2日星期一

Panduan dan dokumen memohon pinjaman kenderaan


 

Panduan ringkas memohon pinjaman kenderaan 

 DiSini ada sedikit PANDUAN bagi anda yang ingin memiliki kenderan baru berdasarkan KELAYAKAN dan GAJI anda.Ramai orang yang tertanya tanya adakah mereka layak untuk memohon kenderaan baru jika masih baru BEKERJA,masih di bawah umur 23 tahun kebawah,masih baru memiliki lesen kenderaan,gaji yang tidak mencukupi, dan berbagai bagai soalan yg terlintas di fikiran.Adakah PARAS GAJI mereka sesuai dengan model yang dipilih,dan mungkin juga dokumen yang tidak mencukupi untuk membuat pinjaman kenderaan dengan pihak bank.

My China Auto Business  boleh bantu  MENJELASKAN dengan mudah sebagai panduan untuk anda jika berhajat memiliki kenderaan sendiri.  Kami faham, kadang kadang kita memilih MODEL kenderaan DAHULU sebelum memikirkan adakah kita layak memiliki model itu berdasarkan pendapatan bersih kita. Sebagai logiknya adakah gaji bersih anda rm1500 boleh memiliki Van Jinbei H2L  yang berharga RM98k?? sudah tentu susah bagi pihak bank kerana penilaian awal sahaja sudah tidak mencukupi syarat. Adakah logik jika anda brumur 23 tahun dan baru BEKERJA sebulan dan masih bujang tetapi anda ingin memohon window Van seperti FARID PLACER H yang berharga RM95k?? sekali lagi kami di sini nak maklum bahawa kami  bukan menjadi penghalang untuk anda memiliki kenderaan idaman anda.

Jika anda berhajat membeli sebuah kenderaan Great Wall M4 yang baru, beberapa perkara anda perlu ketahui terlebih dahulu. Pertama, sudah tentu Gaji KASAR dan Gaji Bersih anda mesti sesuai dengan MODEL KERETA  yang anda pilih. Model yang anda pilih mesti sesuai dengan kegunaan anda.Sebagai contoh gaji anda RM2000 sebulan dan anda ingin memiliki kereta GREATWALL M4  dengan kadar bayaran sebulan RM550 sebulan selama 9 tahun. Formula yang mudah ialah RM550 x 3 =RM1650..jadi gaji anda RM2000 sebulan,.sudah tentu anda layak memohon dan memudahkan pihak bank memberi markah (scoring) dan meluluskan pinjaman ini.

 Untuk kes kes tertentu juga bank meminta penjamin untuk membantu permohonan anda. Jika pemohon pinjaman kenderaan masih berumur bawah 23 tahun, pihak bank juga memerlukan penjamin.Kadang kadang bank tidak meminta penjamin walaupun bawah 23 tahun tetapi scoring dari segi Jawatan anda, Syarikat anda bekerja dan kelayakan akademik anda membantu. Bank mungkin meminta dokumen tambahan seperti Surat tawaran kerja atau salinan akademik anda seperti diploma atau ijazah.

Ada kes kes tertentu bank tidak dapat memberi pinjaman atau mengurangkan pinjaman walaupun umur anda lebih dari 23 tahun, bergaji lebih dari RM1600 atau RM3500.Jangan lupa, pihak bank akan melihat rekod pembayaran anda (CCRIS) atau melihat CTOS anda..dan yang selalu di nilai oleh bank ialah komitment anda berdasarkan gaji dan berapa banyak jenis pinjaman yang anda buat dengan bank lain seperti pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya.Pihak bank bukan ingin menyusahkan anda, tetapi inilah panduan yang mudah supaya anda mampu menguruskan kewangan anda nanti. Sebagai contoh ,mereka yang masih berhutang kad kredit dangan bayaran minima 5% sebulan , masih lagi buat permohonan beli kereta , adakah mereka akan berfikir , hutang kad kredit yang jumlah kecil itu masih lagi dihutang dengan bayaran yang kecil , adakah dia mampu buat bayaran  kepada hutang baru, itu mengape walaupun sepatut yang ada kelayakan tetapi  kena ada penjamin .

Tujuan Kami berikan perkhidmatan dan bantuan di sini kerana kami tahu dan faham sebenarnya ada
ramai yang masih ada perluang tetapi mereka tidak jumpa orang yang ada pengalaman untuk bantu

My China Auto ingin membantu anda memiliki kenderaan IDAMAN anda. Bukan semua syarat atau panduan di atas adalah BETUL semuanya. Jadi kami lebih senang membantu anda jika anda boleh berTERUS TERANG dengan kami..anggaplah kami sebagai PENASIHAT ANDA, kami boleh meneliti dokumen tambahan yang di perlukan.Jika anda ada PENDAPATAN SAMPINGAN,pastikan ia boleh dibuktikan melalui DOKUMEN..sangat mudah!!.bincang dengan kami dari HATI ke HATI. Kami mahu anda GEMBIRA dengan kenderaan baru anda. Ya!! untuk kes kes tertentu, bank memerlukan dokumen tambahan dan Ya! dengan dokumen yang sedia ada pihak bank boleh meluluskan dengan MUDAH tanpa dokumen tambahan. Dengan kenderaan baru,ia memudahkan pergerakan anda,bekerja,bersosial,berkeluarga dan beribadah..

MyChina auto Business adalah satu perniagaan awam yang terbuka dan berkhimat kepada semua
kami bukan saja jual kenderaan buatan China , semua yang berkitan dengan kenderaan kami
juga boleh berniaga dan bantu . tetapi kesabaran dan kerjasama pihak pelangan aman penting,jaganlah segaja mengambil kesilapan atau buat lakuan yang tidak patut sebagai balasan kepada kami. dibindang kereta , sekiranya baut satu pendartaran kereta , process ini melibat bukan saja atara kami , ada lagi jpj , puspakam , insurance , semua penjual mempunyai hati yang sama
ingin selesaikan dengan pelangan secara baik baik , pemintaan pelangan tidak akan kami tolak jika kami mampu.

             Good Luck for you . Johnson Gan .My China Auto

 

                                                             Penel van  yang dibangun dari Nissan Serena

                                                                           Pilihan Baru Perniaga Kecil

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 MyChina Auto Business (M) Sdn Bhd, Boleh juga diterangkan sebagai Perniagaan Kenderaan buatan China di Malaysia adalah serbuah syarikat perkongsian Bumiputerra and kaum China yang mempunyai Lesen Kewangan ketegeri kenderaan ..........................Hubungi kami di No Mudah alih Joe 018 2189283 ,0-16 3585085 Pejabat TEL - 03-3359 6464 FAX :- 03 335 9 5739 Email : mychinaauto@gmail.com

没有评论:

发表评论

Sila tinggalkan pesanan jika ada isue yang berkaitan dengan urusan dan perniagaan kami. Terima Kasih --Joe-mychina auto.@ Munkawa Tech